SELAMAT DATANG KE BLOG j-QAF SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2)

Tuesday 20 May 2014

Bengkel e-PELAPORAN BERSEPADU jQAF Peringkat Putrajaya

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah hari ini pihak Jabatan Pendidikan Putrajaya mengadakan Bengkel e-Pelaporan Bersepadu yang ingin menyebarkan format baru epelaporan bertempat di JPWPP bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Setiap sekolah di Putrajaya menghantar 2 orang wakil.

Ceramah dikendalikan oleh Ustaz Nasromnizan daripada SK Putrajaya Presint 11(1) dan dibantu Ustaz Ahmad Firdaus Ashraf dari SK Putrajaya Presint 16(2). Semoga format baru ini dapat membangunkan dan memperkasakan lagi Program jQAF di Malaysia..Wassalam

Wednesday 14 May 2014

Senarai nama Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab terkini Mei 2014

Bismillahi Rahmani Rahim..

Seperti yang semua sedia maklum.. kesemua guru agama kini digelar GPI.. tiada lagi pengasingan kecuali guru Bahasa Arab. Justeru di sini saya update senarai nama terkini Guru-gu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Putrajaya Presint 16(2) bagi tahun 2014 ini sehingga bulan Mei:

1. Puan Elyza binti Awang Mat (Ketua Panitia Pen Islam)
2. Puan Norahimah binti Ali (PI)
3. Puan Mahirah Binti Mohamad Fazil (PI)
4. Puan Siti Salini Binti Salleh (PI)
5. Puan Rohani Binti Mohamed Nor ( Ketua Panitia Bahasa Arab)
6. Puan Ariesha Khana binti Ahmad (BA)
7. En. Ahmad Firdaus Ashraf bin Mohd (PI)

Setakat ini Panitia agak beruntung kerana kerap mendapat bantuan guru-guru praktikum yang selalu dihantar untuk latihan di sekolah ini. Semoga proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa sukses dan barakoh di bumi SK Putrajaya Presint 16(2) ini. Wassalam

Alhamdulillah.. 2014...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah dah boleh buka semua blog ni.. dah jumpa password :)..  so akan di edit dan diolah semula kerana dalam masa 2 tahun ni ramai yang dah bertukar ganti termasuk barisan pentadbir..

InshaAllah akan kembali memberi manfaat buat semua yang singgah atau lalu di sini ..Wallahualam

Wednesday 17 October 2012

Update Guru-guru j-QAF di SK Putrajaya Presint 16(2) terkini

Setelah lama menunggu akhirnya dua guru j-QAF yang menunggu untuk lapor diri akhirnya telah dipanggil semalam.. Justeru senarai nama guru j-QAF terbaru di SK Putrajaya Presint 16(2) yang terkini ialah:

  1. Ustaz Ahmad Firdaus Ashraf bin Mohd
  2. Ustaz Mohamad Lazi bin Yusof
  3. Ustazah Rohani bt Mohamed Noor
  4. Ustazah Siti Salini bt Salleh
  5. Ustazah Siti Asma bt Mohd Amin
  6. Ustazah Fathiyah bt Jasmi
  7. Ustazah Izan bt Yusof

Alhamdulillah guru j-QAF kembali ramai. Semoga segala perancangan dan urusan menjadi lebih lancar selepas ini. 

Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan Akhir Tahun 2012 telah bermula buat semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6..( 16-19 Oktober 2012) Murid tahun 1 dan 2 kelas seperti biasa. Selamat Berjaya buat semua

Tuesday 4 September 2012

Ceramah Nuzul al-Quran 2012

Bismillahirahmanirahim...

Pada tanggal 17 Ramadhan yang lalu bersamaan 6 Ogos 2012, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan ceramah Nuzul al-Quran bersama tetamu jemputan khas yang special..

Penceramah yang dimaksudkan ialah:
                                            Imam Muda Asyraf iaitu Juara Imam Muda Musim Pertama

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan semua warga sekolah begitu gembira dan teruja dengan kehadiran beliau.. dibawah adalah serba sedikit gambar-gambar perjalanan majlis tersebut:

                                                            Ketibaan Imam Muda

                                                                  Sesi Ceramah
                                   Cenderamata daripada pihak Sekolah oleh Guru Besar
                 Bersama Pentadbir sekolah dan Tetamu Jemputan Jabatan Pelajaran WP Putrajaya
                                             Bersama Ahli Panitia Pendidikan Islam
                                                             Bersama guru-guru
                                                                  Bersama murid-murid
                                                            Bersama murid-murid

Semoga pada masa masa akan datang  pihak sekolah dapat meneruskan tradisi menjemput penceramah-penceramah yang dapat memberi manfaat bukan sahaja buat murid-murid malah kepada semua warga sekolah. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Majlis Nuzul al-Quran 2012 ini..Hanya Allah yang mampu membalasnya.









Wednesday 11 July 2012

Update berita j-QAF terdahulu dan akan datang

Assalamualaikum WBT...
Agak lama tidak update status di Blog ini kerana pelbagai komitmen kerja yang lain.


  • Kem Bestari Solat kedua telah dilaksanakan pada 23 Mei 2012 yang lalu dengan jayanya.
  • Guru pelatih j-QAF iaitu ustazah Siti Salinie dan Ustazah Siti Asma kini sedang 'bercuti' menunggu posting.
  • Sekolah menerima guru j-QAF baru Ustazah Izan (kohort 2005) dari Johor selepas cuti pertengahan tahun yang lalu
  • Ustaz Firdaus bergelar bapa pada 18 Jun 2012.
  • Ustazah Izan bersalin anak yang keempat pada 25 Jun 2012.
  • Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan ceramah Israk Mikraj pada 22 Jun 2012 (ceramah oleh Ustaz Lazi)
  • Penyelaras j-QAF telah menghadiri mesyuarat penghantaran e-pelaporan peringkat Putrajaya pada 6 Jun 2012 dan diarahkan menghantar nama peserta Kem Bina Juara peringkat Putrajaya dengan kadar segera.

Untuk hal-hal lain, SK Putrajaya Presint 16(2) telah menjalankan acara awal sukan dan acara kemuncak akan berlangsung pada Ahad ini iaitu 15 Julai 2012. (Isnin cuti peristiwa)
 Pada 13 dan 14 Julai 2012 akan diadakan Kem Bina Juara peringkat Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi).. 6 Peserta yang dipilih ialah:
  1. Jasmin Nur Sabrina (5A)
  2. HAziq Hakimie (4A)
  3. Amirul Shafiq (4A)
  4. Ahmad Nabihan (4A)
  5. Nuralya Batrisyia (4A)
  6. Nur Hana Damia (4A)
Semoga semua peserta mendapat manfaat dan syafaat melalui program yang amat baik dan hebat ini.

Alhamdulillah semua program Panitia agama berjalan dengan lancar setakat ini. Wassalam

Berjumpa lagi selepas ini.